Saturday, February 14, 2009

Aktiviti Bulan Januari 2009

Program Jalinan Mesra Tahun 6


Program ini adalah usahasama diantara kaunselor dengan guru-guru tahun 6. Program ini adalah program yang pertama dibuat pada minggu pertama hari persekolahan. Penyelaras Tahun 6 pada tahun ini ialah Pn Sarifah Rafeah atau nama manjanye di sekolah Kak Pah.

Antara tujuan utama Program Jalinan Mesra ini adalah :

  1. Merapatkan lagi hubungan antara guru-guru tahun 6 dengan murid tahun 6.
  2. Memberi maklumat penting kepada murid-murid tentang persediaan UPSR nanti.
  3. Memberi motivasi kepada murid-murid agar mereka lebih bersedia lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.


Guru Besar SKCJ

orang kuat tahun 6...Kak Pah

dihadapan..cikgu Abu, dibelakang pula cikgu Sofie,cikgu Hajar & Cikgu Mawarni..

kanselor bersama ust Azam & teacher Faizah

anak-anak tahun 6 yang tekun mendegar..

Selamat Datang...

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKCJ

Assalamualaikum & salam perpaduan....


Pertamanya, saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke atas Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapatlah saya menyiapkan juga blog pertama untuk Unit Bimbingan & Kaunseling SK Cheras Jaya. Sebenarnya, tujuan utama saya mencipta blog ini adalah untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja terutamanya mereka yang bergelar kaunselor di sekolah. Tidak kira samaada di sekolah menengah atau sekolah rendah.

Selain daripada itu juga, dengan adanya blog ini boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Blog ini juga dapat membantu mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti sekolah amnya dan daripada Unit Bimbingan & Kaunseling khasnya.

Oleh itu, saya berharap moga kita sama-sama dapat berkongsi dengan apa yang kita ada. Sebarang komen bolehlah disampaikan kepada saya.


Ikhlas,
Khusairy Rafai
Guru Bimbingan & Kaunseling SKCJ