Saturday, February 14, 2009

Selamat Datang...

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKCJ

Assalamualaikum & salam perpaduan....


Pertamanya, saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke atas Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapatlah saya menyiapkan juga blog pertama untuk Unit Bimbingan & Kaunseling SK Cheras Jaya. Sebenarnya, tujuan utama saya mencipta blog ini adalah untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja terutamanya mereka yang bergelar kaunselor di sekolah. Tidak kira samaada di sekolah menengah atau sekolah rendah.

Selain daripada itu juga, dengan adanya blog ini boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Blog ini juga dapat membantu mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti sekolah amnya dan daripada Unit Bimbingan & Kaunseling khasnya.

Oleh itu, saya berharap moga kita sama-sama dapat berkongsi dengan apa yang kita ada. Sebarang komen bolehlah disampaikan kepada saya.


Ikhlas,
Khusairy Rafai
Guru Bimbingan & Kaunseling SKCJ

No comments:

Post a Comment